Seorang Guru TMK
yang terlalu Obses dengan fotografi,
landskap, teknologi dalam pertanian dan pertukangan.

Telegram Bot : Persembahan lebih menarik!

Kali ini saya nak kongsi cara buat bot telegram yang lebih mudah! tak perlu fikir tentang server, coding, database, dan lain2 yang memeningkan kepala!

Anda hanya perlu ada telefon, internet dan aplikasi telegram!

Ikuti langkah berikut :
1. Private message kepada @BotFather
2. Ikut langkah untuk membina bot baru, /newbot
3. Setiap nama bot adalah terhad kepada dua sahaja, contoh resepibot atau resepi_bot sahaja. Siapa cepat dia dapat!
4. Setelah selesai mendaftar, sila dapatkan token daripada @BotFather dengan menu /token
5. Copy token dan cari @paquebot di telegram
6. Gunakan menu /addbot (paste token) anda dan telegram bot anda sedia untuk dimasukkan maklumat.
7. Bina menu2 anda terlebih dahulu.. kemudian masukkan kandungan menu2 tersebut.

Kelebihan paquebot : simple, mudah, cepat dan percuma! (setakat hari ini)

Kelemahan paquebot : keselamatan data, tidak sesuai untuk menguruskan data terpisah dalam kuantiti yang banyak.

Selamat melahirkan robot2 berguna!

Share on Google Plus

About Suffi Yusof

Penulis adalah Guru Penyelaras Bestari yang berkhidmat di SK Pangkalan TLDM 1, Lumut Perak. Menulis blog bagi tujuan perkongsian pintar dengan seluruh pengguna internet. Semoga bermanfaat.

0 comments :

Post a Comment

Artikel Popular