Seorang Guru TMK
yang terlalu Obses dengan fotografi,
landskap, teknologi dalam pertanian dan pertukangan.

Siri mengenal pokok cili bahagian 1

Penyakit baru, sebelum ni tak ada... tiba2 tanaman cili pusingan kedua menemukan penyakit pokok cili yang seterusnya...

Agen kepada penyakit ini dikenali sebagai Meloidogyne Incognita.

Pokok membesar elok tiba2 daunnya layu macam melecur kepanasan...

Lepas tu cikgu korek dan tengok akarnya... nah! Berketul2... kesian dia dah kena serangan nematod. Penyakit ni disebabkan oleh cacing yang merosakkan akar pokok cili nih...

Rawatannya, cabut dan buang! Lepas nih kena ambil langkah pencegahan dengan menggunakan beberapa jenis racun kulat dan racun cacing Dazomet @ carbofuran.

Tak kenal maka tak cinta... salam perkenalan nematod!.

TANAM CILI KENA BAJA
RACUN PULA SECARA BERKALA
KALAU TIDAK PEDULI SEMUANYA
NESCAYA IA MENJADI SIA-SIA




Share on Google Plus

About Suffi Yusof

Penulis adalah Guru Penyelaras Bestari yang berkhidmat di SK Pangkalan TLDM 1, Lumut Perak. Menulis blog bagi tujuan perkongsian pintar dengan seluruh pengguna internet. Semoga bermanfaat.

0 comments :

Post a Comment

Artikel Popular