Ladang Tebu Uncle Lim

Ladang Tebu Uncle Lim

Ladang tebu Uncle Lim, tengok tebu teloq dia besaq mana... tak ada daun kering, tak ada rumpai besar... kebun bersih dan cantik! Tebu kuning keemasan... satu batang dapat 2 Jug katanya.

Tips :
1. Tebu mesti tanam dalam lubang/tepi batas, bukannya atas batas.
2. Daun kering perlu dibuang untuk dapatkan tebu yang lurus dan warnanya menarik!
3. Tebu besar perlu dikekalkan 7-8 batang sahaja satu perdu utk tumbesaran yang baik.
4. Bila tebu dah naik, tutup sikit demi sedikit lubang tadi hingga membukit mengikut pertumbuhan tebu, bukit di pangkal ini akan menahan tebu dari tumbang.
5. Baja 15+15+15 perlu ditabur dengan kuantiti sedikit tetapi kerap, kalau boleh seminggu sekali.

NEXT..."Kenapa rumput taknak tumbuh di ladang Uncle Lim". Nantikan...

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top