Seorang Guru TMK
yang terlalu Obses dengan fotografi,
landskap, teknologi dalam pertanian dan pertukangan.

Cara membina bot telegram : capaian maklumat lebih pantas!

Assalamualaikum w.b.t,

Pernah guna MIRC atau IRC? Atau chit chat kat internet guna script yg pelbagai sebelum kehadiran yahoo messenger? Itu semua teknologi zaman sekolah cikgu....dulu cikgu main IRC bukan untuk chit chat mencari kenalan semata-mata... malah mencari pasal... gunakan script untuk membina ribuan robot bercakap sendiri dan boleh diarah masuk ke dalam mana2 channel untuk membuat 'flood' dan cari pasal dengan operator. Itu semua permainan zaman remaja....

Tiba2... Telegram mengembalikan nostalgia dengan memperkenalkan 'TeleBot' yang membenarkan sesiapa saja membina robot masing2... adakah peperangan yang lebih besar akan berlaku??? Ouh tidak... zaman dah berubah.. kita akan gunakan untuk kebaikkan ummah! Hehe...

Di sini cikgu ringkaskan cara membina bot telegram nih. Langkahnya seperti berikut :

1. Sila PM BotFather, dan bina satu robot anda sendiri dengan mengikut arahannya (bot baru dibina adalah kosong tanpa fungsi).
2. Dapatkan token bot yg anda bina
3. Daftar dengan google appengine dan create new project.
4. Download SDK dan appengine software untuk deploy script yang dibina.
5. Pergi github cari coding mengikut keperluan operasi bot anda.
6. Set webhook untuk mengawal tempat robot ambil maklumat.
7. Setcommand bot anda untuk menentukan maklumat yang diperlukan.
8. Sediakan dialog balas apabila robot menerima pertanyaan.
9. Mencuba berkomunikasi dengan bot
10. Bawa masuk bot ke dalam group, boleh bagi jadi penyambut tetamu!

Kemahiran yang diperlukan :
1. Javascript
2. Php/python/dll.
3. MySql/datastore dll.

Selamat mencuba! Doakan cikgu banyak masa nanti cikgu hurai point2 di atas dengan lebih jelas... ini sekadar gambaran awal workflow lahirkan telegram bot tu macamana. Syukran...

Share on Google Plus

About Suffi Yusof

Penulis adalah Guru Penyelaras Bestari yang berkhidmat di SK Pangkalan TLDM 1, Lumut Perak. Menulis blog bagi tujuan perkongsian pintar dengan seluruh pengguna internet. Semoga bermanfaat.

0 comments :

Post a Comment

Artikel Popular