Seorang Guru TMK
yang terlalu Obses dengan fotografi,
landskap, teknologi dalam pertanian dan pertukangan.

Kenali jenis-jenis pokok pisang : Sungguh mengelirukan!

Apa yang ada dalam fikiran kamu jika dilonggokkan dengan benih anak pokok pisang dan ubi ini, dapatkan kamu kelaskan nama2 pisang dan ubi tersebut??? soalan KBAT nih.. 


Hari ini cikgu nak kongsi cara mengenal pokok pisang melalui saiz dan warnanya. Buah nanti bila dah berbuah bari kita cerita.. sekarang baru nak tanam.. kita cerita anak pokok dulu. 




Warna merah + pink, saiz besar dan kecil, majoriti besar2, ini adalah benih anak pokok PISANG NANGKA, bukan nangka warna kuning ka? itu buahnya... ini pokoknya.... :p


Warna suram kunin cair, bersaiz besar  ini pula adalah anak pokok PISANG AWAK, awak kat mane??? bukan.... PISANG AWAK!, pisang nih nak tanam kena buang akarnya dulu.. kalau tidak dibuang, buahnya akan ada biji...


Ini pula saiznya kecil, warna kuning + hijau... tapi buahnya memang besar dari pisang lain... anak pokok PISANG TANDUK, biar badan kecil tapi hasil besar... dari badan besar hasil kecil.. hehehe


Ini pula akarnya gemuk kegelapan, merembang ke bawah dan bersaiz sedang, ini adalah anak pokok PISANG EMAS, lepas nih boleh bawa belayar... tinggal sebiji di atas peti!

Itu saja pembelajaran kita hari ini.... belajar kenal benih anak pokok pisang! Oppss terlupa.. benih ubi.. ubi ada dua.. ubi kuning ubi putih, yang kuning batangnya merah, yang putih batangnya putih! cukup senang..

Untuk makluman... semua benih di atas telah selamat dikebumikan... harap2 dapatlah hasilnya awal tahun depan!

Sekadar berkongsi.

Share on Google Plus

About Suffi Yusof

Penulis adalah Guru Penyelaras Bestari yang berkhidmat di SK Pangkalan TLDM 1, Lumut Perak. Menulis blog bagi tujuan perkongsian pintar dengan seluruh pengguna internet. Semoga bermanfaat.

2 comments :

  1. salam cikgu.
    page ni bagus gak, ayat selamba sesekali menggeletek.mgkin dpt sambung lg info piaang ni.. santai n sempoi.. - setewan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... terima kasih kerana sudi menjengah, kalau tulis skema2 nanti orang boring nak baca.. hahaha

      Delete

Artikel Popular