Hari Guru 2014 - Guru Paling Mudah Didekati

Hari Guru 2014 - Guru Paling Mudah Didekati

Assalammualaikum w.b.t & salam mesra!

Terkejut cikgu dapat undian paling tinggi dari anak-anak murid sekitar 200 lebih di sini yang meletakkan cikgu dalam kategori "Guru Paling Mudah Didekati". Sebenarnya cikgu sendiri pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan paling mudah didekati, bagi cikgu kat setiap sekolah tiada seorang pun cikgu yang sukar didekati.. hehe semua mudah didekati.

Hari Guru kali ini cikgu dapat hadiah banyak dari sebelum-sebelum ini, maklumlah sebelum ini murid cikgu 25-30 sahaja satu sekolah, kini murid cikgu mengembang jadi 200 lebih.. Alhamdulillah hadiah2 kamu cikgu akan simpan baik-baik walaupun kamu menganggap ianya tidak mahal tapi bagi cikgu hadiah tersebut adalah paling mahal dalam banyak2 hadiah yang cikgu mampu beli sekalipun.

Terima kasih juga buat semua rakan-rakan guru yang komited menyediakan hadiah2 terhebat! untuk rakan seperjuangan...

Sentiasa memudahkan, Sentiasa didekati... SELAMAT HARI GURU!
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top