Awas dengan PUJIAN...

Awas dengan PUJIAN...

Assalamualaikum w.b.t & salam mesra!

Hari ini teman ingin mengupas sedikit sebanyak tentang BAHAYA dengan PUJIAN daripada mana-mana pihak. Bukan apa, apabila kita melakukan sesuatu dengan penuh hati dan perasaan sudah pasti hasilnya memuaskan hati pihak atasan. Sebagai ganjaran maka PUJIAN diberikan... ada orang seronok bila di puji tapi teman TAKUT dengan PUJIAN. Bagi teman pujian ini sesuatu yang bahaya kerana dikhuatiri pujian tersebut menyentuh atau mencuit perasaan orang lain yang lebih layak atak lebih wajar menerima pujian sedangkan diri kita yang sekadar menjadi penghias di penghujung acara mendapat pujian melebihi daripada mereka yang membanting tulang mengusahakannya sejak ianya bermula.

Selain daripada itu, adakala terasa diri ini sebenarnya masih 'berlambak' perkara yang tidak tahu namun apabila menerima pujian itu ibarat semua benda teman tahu dan bahayanya di sini apabila teman berhadapan dengan sesuatu yang teman sendiri tidak tahu, sudah tentu ianya akan menjadi indah khabar dari rupa. Oleh yang demikian, teman ingin menjadi ibarat seketul batu yang dilempar ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi kawasan pertanian yang subur. Hendaknya hidup dalam keadaan aman dan sedaya upaya dapat memuaskan hati semua pihak.

Semoga teman tidak tengelam dengan PUJIAN dan tidak MATI dengan cacian.
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top